Wednesday, November 24, 2010

bercinta selepas kahwin atau simpan sahaja perasaan itu?

aku mahu berceloteh sikit pasal bercinta selepas berkahwin.

Tajuk nie macam dah lapuk tapi aku rasa setiap orang ada perspektif yang berbeza.

Zaman sekarang boleh kah macam nie ?

Awak tak kenal rapat dengan dia, tiba-tiba dia jadi pasangan hidup awak ?

Tak takut ke? 

Allah itu Maha Mengetahui.

Jadi, apa mahu dimusykilkan lagi ? 




Eleh cakap memang senang, cuba kaw kena

Bahagia ke tak ? Okay bahagia itu sesuatu yang SUBJEKTIF.

Eh korang bercinta bertahun-tahun lamanyaaaaaaaaaaaaa, korang pasti ke korang akan bahagia bila dah kahwin nanti ?



Nahhhh. Terdiam mulut tue, sebab kita tak tahu apa yang akan jadi.


Jadi jawapan aku atas tadi lagi boleh diterima bukan ? :D


aku tanamkan azam

aku tak mahu bercinta, berkapel dalam tempoh untuk mematangkan diri.

Dalam erti kata lain, aku kuburkan saja hasrat untuk disayangi oleh seseorang kaum Adam.

Tapi kalau aku sayang dekat someone, aku akan diam diam saja.





Bukan tutup pintu hati, kita masih boleh berkawan tapi sekadar berkawan atau kawan akrab.

Tiada timbul perasaan sayang selebih itu.

jika wujud akan aku cuba sorokkan seboleh boleh yang mungkin.


Kenapa mesti begitu ?







Mesti perit bukan ?

Ya sangat perit menyimpan perasaan sendiri,




tapi tapi


lagi manis kalau aku simpan dan menyucikan hati aku untuk seseorang yang lebih layak,




seseorang yang bergelar suami.

Aku akan pegang ayat ini, sayangi orang biarlah bersederhana.


Bukan apa, itu langkah langkah penjagaan hati sendiri.

aku mahu cinta tulus suci ikhlas aku untuk bakal suami aku ja.*aceceh*

Mahu dia rasa dia seorang yang sangat special ! :)






aku mungkin tak sebaik perempuan di luar sana.

aku cuma gadis biasa.


tapi cukup lah untuk aku jaga satu ni.

Hati untuk suami aku!:)



aku pernah di tanya. 

Tak takutkah aku nanty nak kawin dengan orang yang aku tak cinta?

 Eh mana tahu kita tak cinta dia ?


Entah-entah orang yang kita suka dalam diam-diam tue rupanya suami kita ?

Haaa ini memang best.

Tapi kalau yang kita tak kenal rapat ?

Okay sebab itu aku cakap apa yang penting sekali ialah sucikan hati kita tue.

InsyaAllah segalanya nie permudahkan.

Mudah untuk kita terima dan sayang kepada pasangan kita itu.



aku rasa dah tiba masanya aku persiapkan diri untuk menjadi seorang yang lebih matang,


eh nak kawen cepat mesti lah kena siap siap awal.


Honestly after degree then dah dapat kerja,

aku mahu kawin terus.

Kalau ada yang meminang, *bajet laku sangat*

keluarga masing-masing setuju.

InsyaAllah.aku yakin akan ada hamba allah yang tercipta untuk aku 



Kesimpulannya,



aku nak bukakan hati aku untuk terima insan yang aku tak kenal untuk jadi teman hidup aku.


dan dan


untuk orang yang aku kenal + sayang.


Jodoh kita, hanya Allah saja tahu.

Mungkin orang yang kita cinta dan mungkin tidak.

Bersedialah dengan apa saja yang bakal berlaku.

aku akan cuba yang terbaik untuk bakal suami aku.

Yeahh ! Sebab apa ?





Sebab aku yakin dengan diri aku,

apabila aku sudah bergelar seorang isteri,

cinta saya hanya untuk suami saya :)


kenapa malam ni aku nak buat post pasal ni pun aku tak tahu.

tapi ini yang aku nak luahkan.




Assalamualaikum.

No comments: